Saturday 29 August 2015

Bersih #4

I am marching not because I hate my government, but because I love my country more. I am marching not because I am disloyal to my government, but because I am loyal to my country. I am marching not because I hate my leaders, but because I love my fellow Malaysians more. I am marching not because I want to, but because I need to.

Monday 24 August 2015

Rintihan Seorang Rakyat Biasa

Di petang sambil menjamu teh dan kek di rumah ku melihat langit dipenuhi awan mendung. Teka teki samada hujan akan melanda atau tidak membuat ku termenung. Termenung terfikir kesusahan harian rakyat masa kini. Terfikir ke mana hala tuju negara yang tercinta ini.

Ketelusan dan amanah seolah-olah umpama perkara yang asing dalam fikiran pemimpin yang dipilih rakyat untuk menjalankan kewajipan mereka. Betapa pilunya hati ini pabila ku melihat seorang emak dipenjarakan atas kesala...han mencuri untuk mengisi perut anaknya sedangkan pemimpin yang terang-terang mengenyangkan perut sendiri dibiarkan berleluasa. Derma, saguhati, ganjaran walau diberikan apa nama sekalipun, pabila jumlah itu menjangkaui kemampuan seseorang itu, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui hal sebenarnya.

Hal kebelakangan ini membuat ku terfikir samada keadilan benar benar wujud, terfikir samada benarkah adanya tupai yang pandai melompat takkan tersungkur. Kepercayaan kepada Tuhan membuat ku yakin kebenaran dan keadilan sememangnya ada. Betapa besarnya rumah yang boleh dibeli, betapa banyak kereta mahal yang boleh dimiliki, betapa banyaknya wang yang boleh dimiliki, pabila kita meninggalkan dunia ini, lubang kubur itu tetap sama seperti rakyat marhaen yang lain. Eulogi yang akan diberikan hanyalah berdasarkan sumbangan apa yang berikan oleh yang meninggal dan bukannya berapa harta yang dimilikinya semasa hidup. Walau macam mana susah pun kehidupan yang tidak dapat ku jangka, ku tetap akan berjuang. Berjuang atas apa yang benar, berjuang atas apa yang betul dalam segi moral dan etika