Wednesday, 16 September 2015

Rintihan Lagi Pada Hari Malaysia

Ku termenung lagi pada pagi 16hb September . Termenung terfikir kenapa ku dinasihatkan untuk tidak ke mana-mana atas alasan keselamatan dan bukan untuk meraikan hari yang bersejarah ini.
Isu perkauman dan agama dimainkan oleh pihak pihak tertentu untuk alasan yang diketahui hanya mereka sendiri. 52 tahun telah berlalu, ku terfikir inikah yang diimpikan oleh pemimpin dahulukala semasa menyatukan semua pihak untuk menjadi sebuah negara. Inikah negara yang kita sebagai rakyat mahu?

Pabila tidak bersuara, ku melihat saban hari perbuatan mereka ini semakin berleluasa. Pabila bersuara, ku diseru pula pemimpin yang sepatutnya menjadi teladan rakyat untuk balik Tongsan jika tidak gembira dengan negara ini. Kekadang ada juga terfikir masih adakah masa depan untuk negara tercinta ini dan mungkin kah ada padang yang lebih hijau di tempat lain yang boleh ku pergi.
Ku pernah ditanya samada ku telah putus asa dengan semua ini dan memikirkan untuk mengangkat kaki. Nun jauh ke dalam hati ini, ku tahu tiada lagi tempat yang lebih baik dan jika ku putus asa, ini juga bermaksud ku putus asa dengan negara tercinta ini. Ku hanya jawab, di sini tanah tumpahnya darah aku, di sini lah nafas terakhir akan ku hembuskan. Perjuangan untuk negara yang lebih baik untuk masa depan yang lebih baik terpulang kepada ku dan bukannya mereka ini. Hari yang cerah pasti akan datang satu hari nanti, mungkin bukan generasi ini tapi generasi anak-anak kita.

Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat !!!